Satu rakaman 'dash cam' dari sebuah kereta memaparkan kereta mewah jenis Bentley bernilai lebih sejuta ringgit menggelongsor lalu melanggar ke dinding tempat letak kereta di Chongqing di barat daya China.

Rakaman yang dimuat naik CCTV News menunjukkan pemandu kereta mewah itu melangkah keluar dari kenderaan untuk menyentuh kad parkir di sebuah tempat letak kereta bawah tanah apabila secara tiba-tiba keretanya bergerak sendiri.

Bahagian depan kereta itu rosak teruk selepas kejadian itu.

Polis trafik mengesahkan kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu.

Kata polis trafik itu, wanita itu keluar dari keretanya dengan gear ke mod neutral tetapi tidak menarik brek tangan.

Kos kerosakan kereta itu masih lagi belum dapat dipastikan namun pemandu itu telah membayar kos pembaikan dinding tempat letak kereta.