Impian seorang anak kelahiran Afghanistan, Murtaza Ahmadi untuk bertemu dengan pemain bola sepak dunia, Lionel Messi tercapai apabila usaha tersebut dilakukan jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar 2022. <br /> <br />Video yang dimuat naik Road To 2022 di Twitter memaparkan Messi mendukung dan memeluk Murtaza yang memakai jersi Barcelona untuk bergambar. <br /> <br />Murtaza pernah menjadi viral di Internet selepas gambarnya memakai 'jersi plastik' Messi dimuat naik abangnya di laman sosial dan segera menarik perhatian ramai, termasuk Messi.
