Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng menggesa golongan wanita berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis lelaki warga asing, sehingga melibatkan kerugian hampir ratusan ribu ringgit.

Kuan berkata kes terbaru melibatkan seorang wanita Cina di mana dia kerugian RM75,000 setelah ditipu dan diperdaya dengan janji manis lelaki warga asing yang tidak pernah dijumpainya.

Kata Kuan, modus operandi sindiket itu menjadikan wanita yang 'inginkan' teman terpengaruh dengan kata-kata cinta dan hadiah malah dikatakan mereka akan bertemu satu hari nanti.

Kuan berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Menurut Kuan, beliau mahu golongan wanita di Malaysia mencari lelaki tempatan berbanding lelaki warga asing.