Video gelagat seorang pemandu bas menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok ketika memandu mendapat kecaman daripada pelayar internet. <br /> <br />Dua video berkenaan dimuat naik pengguna Facebook Firdaus Wong Wai Hung (Official) mendapat respon daripada syarikat bas berkenaan. <br /> <br />Firdaus juga memuat naik gambar SMS di antara beliau dengan pihak khidmat syarikat bas berkenaan yang memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan susulan terhadap video pendedahan beliau itu.
