Rompakan ngeri berlaku di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur semalam selepas polis menemukan enam mayat termasuk dua kanak-kanak dalam tandas sebuah rumah.

Mereka dipercayai maut akibat lemas selepas dikurung sejak kelmarin dalam tandas oleh kumpulan perompak bersenjata.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Residen Jakarta Timur Sapta Maulana berkata, semua yang maut ditemui selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu pagi semalam.

Perompak berkenaan mengurung 11 orang merangkumi ahli keluarga, orang gaji dan pemandu dalam bilik air seluas dua meter panjang dan satu meter lebar.

Lima lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal dan sudah dikejarkan ke hospital, katanya

Video: Kompas TV