Surprise Me!

Polis Myanmar terajang muka, belasah penduduk Rohingya

2017-01-03 147 Dailymotion

Kerajaan Myanmar akan menyiasat sebuah video yang menunjukkan anggota polisnya membelasah penduduk etnik Rohingya.

Menurut laporan CNN, kejadian yang dirakam seorang anggota polis lain dipercayai berlaku di Rakhine, November lepas.

Kerajaan Myanmar mendakwa polis menjalankan 'operasi pembersihan' di bandar Maungdaw di Rakhine selepas dua anggota polis ditembak dan menyebabkan salah seorangnya maut.

Dalam video tersebut, sebuah kumpulan besar dipercayai penduduk tempatan etnik Rohingya dirakam duduk mencangkung.

Salah seorang anggota polis kemudian dirakam menendang penduduk di bahagian muka.

Kerajaan Myanmar berkata, tindakan akan diambil terhadap anggota polis yang mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang.

Kerajaan Myanmar juga menafikan sebarang dakwaan terhadap 'pembersihan etnik' Rohingya dan penderaan lain yang didakwa berlaku di Rakhine.

Buy Now on CodeCanyon