Arca pemain Barcelona dan Argentina, Lionel Messi tinggal kaki sahaja selepas kepala, badan dan tangan ghaib dalam kejadian vandalisme semalam. <br /> <br />Dewan Bandaraya Buenos Aires berkata mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukannya dan sedang dalam usaha membaiki arca tersebut. <br /> <br />Arca itu didirikan di laluan Paseo de la Gloria menghadap Sungai Plate, Jun tahun lalu sejurus selepas Argentina dan Messi tewas kepada Chile dalam final kejohanan Copa America.
