Lima diplomat Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara 57 yang terbunuh dalam siri pengeboman di seluruh Afghanistan. <br />Pihak berkuasa berkata ini kerana militan Taliban meningkatkan kempen serangan pada musim sejuk sejak rabu lalu. <br /> <br />Letupan ini berlaku selepas beberapa jam letupan serentak dilakukan Taliban di Kabul menggegarkan bangunan bersebelahan parlimen, menempatkan pejabat pembuat dasar, mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang dan mencederakan 86 lain.