University of California Los Angeles dalam kajian terbaru mereka mendedahkan bahawa bulan berusia 4.51 bilion tahun iaitu lebih tua daripada jangkaan sebelum ini.

Penulis utama kajian itu, Melanie Barboni berkata, pengetahuan usia bulan adalah kunci untuk memahami pembentukan dan evolusi Bumi.

Pasukan penyelidik melaporkan semalam, bulan dijangka dibentuk dalam tempoh 60 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.

Jangkaan itu dibuat selepas ahli sains menjalankan pentarikhan uranium-plumbum pada cebisan mineral zirkon daripada sampel misi Apollo 14 ke bulan.