Surprise Me!

Video: UFO dikesan di atas Komtar?

2017-01-18 1,824 Dailymotion

Sebuah video yang dikatakan merakam pergerakan objek tidak dikenali (UFO) di ruang udara berdekatan bangunan Komtar di Pulau Pinang menjadi tular di media sosial.

Video berkenaan yang pertama kali dimuat naik Wang Soon You di Facebook menunjukkan dua objek berwarna putih terbang di atas bangunan itu.

"Kelihatan UFO di langit Pulau Pinang, adakah anda percayakan saya," kata Soon You di Facebooknya, selepas memuat naik video itu petang semalam.

Soon You turut memuat naik satu lagi video yang menunjukkan sekumpulan orang melihat ke udara sambil memberi reaksi terhadap objek berkenaan.

Bagaimanapun ramai pengguna media sosial tidak percaya objek berkenaan adalah UFO.

Buy Now on CodeCanyon