Bintang Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) semalam mempromosikan filem terbarunya 'Raees' dengan menaiki kereta api ekspres August kranti Rajdhani di Vadodara, India. <br /> <br />Namun berlaku kecelakaan apabila seorang peminat SRK maut dan dua anggota polis cedera apabila orang ramai bertindak ganas selepas SRK itu tiba di stesen berkenaan. <br /> <br />Kereta api itu berhenti kira-kira 10 minit, dan apabila bergerak semua orang ramai berlari mengejar dalam keadaan kelam kabut itu seorang meninggal akibat sesak nafas.
