Video memaparkan lakonan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai peminta sedekah menjadi viral apabila beliau didakwa menyinggung seorang penjual kopiah di pasar tani Seksyen 13, Shah Alam yang disiarkan dalam rancangan #OhAbangKosmetik di saluran Ria di Astro, baru-baru ini.

Pengasas produk kosmetik D'Herbs itu memegang watak sebagai orang miskin yang mahu meminta kopiah, bagaimanapun memohon maaf secara terbuka kepada peniaga terbabit.

Pautan: http://www.kinitv.com/video/43952O74

Terdahulu, peniaga itu melahirkan rasa tidak puas hati di Facebooknya apabila mendakwa Aliff secara langsung mengaibkannya setelah menonton rancangan tersebut.

Beliau juga menjelaskan tidak dimaklumkan bahawa insiden lakonan itu dirakam oleh pihak produksi.