Seorang warganegara Brazil ditangkap selepas polis menemui wang tunai berjumlah 20 juta US ( RM89 juta) yang disembunyikan di dalam rangka katil di sebuah apartment di Massachusetts.

Cleber Rene Rizerio Rocha, 28, dihadapkan ke mahkamah dan tidak dibenarkan jaminan kerana dibimbangi cuba melarikan diri.

Dia didakwa kerana bersubahat melakukan pengubahan wang secara haram.

Menurut pendakwa, Rocha terbabit dalam skim untuk memindahkan jutaan dolar ke Brazil menggunakan pelbagai transaksi melalui Hong Kong.

Wang berkenaan dari TelexFree, syarikat telefon internet yang didedahkan pihak berkuasa sebagai skim piramid.