Laluan di Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai- Bule Valley menghala ke Cameron Highlands masih selamat digunakan walaupun berlaku tanah runtuh di bahagian cerun bukit.

Utusan Online melaporkan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan perkara terbabit dan pemantauan 24 jam dilakukan di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata sehingga hari ini, keadaan struktur jalan tidak terjejas dan tiada retakan atau gegaran dikesan.

Tambahnya, kami mahu pengguna merasa selamat menggunakan jalan ini walaupun ada pihak mendakwa laluan ini hanya menunggu mangsa sahaja