Malang tidak berbau, itu ungkapan tepat kejadian seorang bayi maut selepas tercampak dari ketinggian 12 meter di pusat beli belah O'zbegim di bandar Andijan, Uzbekistan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian menyayat hati itu, dimana ketika insiden berkenaan jubah yang dipakai oleh ibu bayi berkenaan tersangkut pada eskalator.

Ini menyebabkan wanita berkenaan hilang keseimbangan dan menyebabkan bayi itu tercampak.

Pasukan kecemasan berkejar ke tempat kejadian namun gagal menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.