Mantan perdana menteri Somalia, Mohamed Abdullahi Farmajo, dipilih sebagai Presiden, pada Rabu.

Beliau yang memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat itu bersumpah bertindak menentang korupsi dan militan Al-Shabaab.

Beliau yang berusia 55 tahun itu menang setelah penyandang jawatan itu, Hassan Sheikh Mohamud mengakui kekalahan di pusingan kedua pungutan suara oleh anggota Parlimen.

Popular dengan panggilan Farmajo, beliau pada mulanya gagal untuk menang majoriti 2/3, tetapi di pusingan dua beliau mendapat 184 undi menewaskan Mohamud dengan 97 undi.