Sekurang-kurangnya, lebih 15,000 penduduk kehilangan tempat tinggal manakala tujuh lagi dilaporkan cedera selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan setinggan di daerah Tondo, Manila.

Menurut Ketua Biro Perlindungan Kebakaran Kawasan, Wilfredo Tiu berkata, kejadian selama 10 jam itu bermula pada petang semalam dan hanya berjaya dipadamkan pagi tadi.

Tambah Tiu, kebakaran itu meranapkan 1,200 rumah setinggan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, para penyiasat masih meneliti punca kebakaran tersebut namun mengesyaki pendawaian elektrik menjadi penyebab kepada insiden berkenaan.