Video seorang anggota polis Australia di Birdsville sedang mengoreng telur di atas bonet kereta perondanya tular di laman sosial sejak minggu lalu. <br /> <br />Cuaca panas mencecah 41 darjah Celcius sejak ejak sambutan Hari Australia pada 26 Januari hingga Ahad lalu mungkin menjadi punca kepada aksi polis berkenaan. <br /> <br />Video berkenaan dimuat naik laman Facebook Jabatan Polis Queensland itu mendapat tontonan lebih tiga juta hanya dalam masa lima hari sahaja.
