Jabatan Pengangkutan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pada 13 Februari bahawa Dubai akan menjadi bandar pertama akan menggunakan kenderaan udara autonomi dron EHang 184.

Awal Januari lalu EHang mengeluarkan dron gergasi yang mampu membawa seorang penumpang.

Alat yang dipamerkan di CES, Las Vegas digelar 184 itu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan mempunyai empat cabang dengan lapan bilah kipas di hujungnya.

Menurut syarikat itu, 184 adalah alat berautonomi bererti penumpang hanya perlu memasukkan destinasi dikehendaki dalam aplikasi telefon pintar dan dron itu akan membawanya ke situ.