Skuad Harimau Selatan tidak mempunyai masalah besar ketika berdepan kelab dari Kemboja, Boeung Ket Angkor FC dengan kemenangan 3-0 pada aksi pertama Kumpulan F, Piala AFC, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Larkin, anak buah Benjamin Mora garang mempamerkan isyarat mahu menang seawal minit ketiga melalui sentuhan Gabriel Guerra.

Malah, pemain tengah Nazmi Faiz Mansor berjaya mengejutkan lawan dengan jaringan kedua untuk JDT, pada minit ke-11.

Juara edisi 2015 itu menggandakan jaringan di penghujung separuh masa kedua melalui kapten mereka, Safiq Rahim melengkapkan kemenangan 3-0.

Mereka bakal berdepan kelab Magway FC untuk aksi kedua kumpulan dijadualkan pada 7 Mac depan.