Surprise Me!

Video: Robocar kereta lumba tanpa pemandu pertama di dunia

2017-03-01 3 Dailymotion

Dua kereta Robocar iaitu kereta lumba elektrik tanpa pemandu yang pertama di dunia dijangka menyertai perlumbaan kereta tahun ini.

Kehebatan kereta itu didedah­kan oleh syarikat Roborace semalam dalam Kongres Kenderaan Dunia dan penciptaan kenderaan itu me­rupakan idea Ketua Pegawai Rekacipta Roborace, Daniel Simon iaitu individu yang turut men­cipta ken­deraan futuris­tik untuk filem-fi­lem terlaris di Hollywood termasuk Tron Legacy dan Ob­li­vian.

Setiap Robocar berukuran 4.8 meter panjang dan dua meter lebar, seberat 975 kilogram serta dilengkapi empat motor.
Setiap motor mempunyai sebuah bateri dengan kapasiti 300 ki­lowatt (kW) dan 540 kW yang membolehkan kenderaan itu memecut sehingga 320 kilometer sejam.

Walau ba­gai­­ma­napun Roborace tidak memaklumkan kos pembuatan kendera­an itu dan ti­dak menetap­kan tarikh penyer­taan kenderaan itu dalam perlumbaan akan datang.

Buy Now on CodeCanyon