Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan orang Melayu dan Islam tentang bahayanya jika DAP memerintah Malaysia.

Memberi contoh ketika Pakatan Rakyat mentadbir Perak, Tengku Adnan mendakwa DAP meletakkan calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya dapat mengawal pemerintahan daripada belakang.

Beliau berkata demikian dalam ucapan program di Surau Al-iman di Presint 9, di Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan juga tidak mahu Malaysia menjadi seperti Singapura di mana Melayu dis ana semakin mengecil.