Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi jaminan bahawa kerajaan akan membawa sendiri usul pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah, Isnin ini di Dewan Rakyat. <br /> <br />Tengku Adnan berkata ini kerana usul yang ingin dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering disalaherti pembangkang dan orang buka Islam yang lain sebagai Rang Undang-Undang Hudud. <br /> <br />Beliau berkata demikian dalam ucapan program di Surau Al-iman di Presint 9, di Putrajaya hari ini.