Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas Ahli Parlimen DAP-Seputeh,Teresa Kok yang sering mempolitikkan isu mengenai Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Teresa ni takda kerja, saya harap dia jaga kawasan dia sahaja. Sekarang ni saya yang jaga kawasan dia. Dia tak peduli dan hanya mahu main politik," kata Tengku Adnan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan program di Surau Al-iman di Presint 9, di Putrajaya hari ini.

Pada Selasa lalu, Teresa mencabar Tengku Adnan untuk bertanding salah satu parlimen di Kuala Lumpur ketika menghantar bantahan draf di DBKL.

"Saya pun nak cabar Teresa bertanding di Putrajaya," balas Ku Nan.