Jika Kedutaan Korea Utara berterusan membuat kenyataan menyelar pihak berkuasa Malaysia, mereka akan terpaksa 'membayar harga yang mahal'. <br /> <br />Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak duta Korea Utara sewajarnya menghormati sistem perundangan, etika, budaya dan sistem diplomasi antarabangsa harus dihormati. <br /> <br />Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Sesi 2014-2016, Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.
