Gol Sergi Roberto pada minit kelima masa kecederaan melengkapkan kebangkitan sensasi Barcelona apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 pada aksi pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi. <br /> <br />Suasana menjadi 'gila' selepas gol ke-6 Barcelona itu dan pengulas menobatkan perlawanan ini adalah terhebat dalam sejarah Liga Juara Eropah. <br /> <br />Ia adalah jaringan pertama Sergi Roberto musim ini dan juga akan diingati sebagai jaringan yang telah mencipta kebangkitan terulung dalam sejarah Liga Juara Eropah.