Presiden FIFA Gianni Infantino memberi jaminan bahawa teknologi Video Assistant Referee (VAR) akan dilaksanakan secara menyeluruh dalam dunia bola sepak sedikit masa lagi.

Beliau berkata begitu setelah melihat gol perlawanan kebangkitan 'terulung' Barcelona menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada rabu lalu.

Katanya "teknologi VAR ini akan digunakan di masa hadapan secara menyeluruh dengan harapan ia akan membantu pengadil membaiki kesilapan mereka.”

Namun dalam soal penalti beliau tidak pasti sama ada ia merupakan kesilapan pengadil atau pun tidak.

Beliau berkata begitu ketika merujuk gol penalti yang diberikan selepas Luis Suarez dijatuhkan dalam kotak penalti.