Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor enggan berjabat tangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu di White House pada Jumaat. <br />Pada awalnya, Trump menyambut ketibaan Merkel dengan berjabat tangan apabila pemimpin Jerman itu tiba di White House. <br />Namun apabila mereka berdua diminta wartawan dan jurugambar untuk berjabat tangan, Trump dilihat mengabaikan permintaan tersebut ketika kedua-dua pemimpin tersebut duduk menghadap kamera. <br />Dalam satu rakaman, Merkel juga dilihat bertanya kepada Trump sama ada beliau mahu berjabat tangan. <br />Tetapi Trump hanya memandangnya tanpa membalas pertanyaan Merkel itu, menyebabkan situasi antara mereka menjadi janggal.