Sebuah pesawat penumpang yang membawa 44 orang terhempas ketika membuat pendaratan kecemasan di utara barat bandar Wau, hari ini.

Menurut laporan Independent, pegawai syarikat penerbangan itu memberitahu media bahawa 44 penumpang berada dalam penerbangan terbabit.

17 ke 18 orang cedera dalam insiden dan dibawa ke hospital menurut laporan Reuters.

Tidak pasti sama ada baki penumpang lain terselamat atau tidak.

Gabriel Ngang, pengurus South Supreme Airlines, berkata "terdapat 40 penumpang dan lima kru di atas kapal dan itu sahaja. Saya tidak ada maklumat lain"

Gabriel berkata pesawat itu berlepas dari ibu kota Juba.