Saluran TV Jepun, Asashi menyiarkan laporan berita eksklusif pada Selasa menunjukkan seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, sedang bermain snuker di sebuah bilik di Kedutaan Korea Utara. <br /> <br />Suspek yang dikehendaki, Kim Uk-il, 37, adalah seorang kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo. <br /> <br />Turut ditunjukkan dalam video itu adalah seorang lelaki yang menyerupai Ri Ju U, yang berusia 30 tahun, juga antara suspek yang dikehendaki.
