Misi mahu menang pasukan Harimau Malaysia tidak menjadi kenyataan dengan hanya seri 0-0 berdepan Filipina dalam perlawanan aksi antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila malam semalam.

Ketumpulan jentera penyudah dan pemain tengah sekali lagi menjadi masalah besar yang harus diperbaiki pasukan kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Jun ini.

Pasukan tuan rumah menerapkan corak permainan menyerang memaksa pasukan negara lebih banyak bertahan di dalam kawasan sendiri.

Namun kubu Malaysia kemas bertahan dan memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.