Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai ribuan warga tempatan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Anjuman, Chennaihari ini.

Sebelum menunaikan solat, Najib menyampaikan sumbangan peribadi kepada pertubuhan Islam Anjuman E-Himayath-E -Islam.

Turut menyertai beliau ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Hidayat Abdul Hamid.

Najib kini berada di ibu negeri Tamil Nadu yang merupakan sebahagian daripada aturcara lawatan rasmi enam hari beliau ke India.

Beliau akan berlepas ke New Delhi petang ini.