Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik-detik insiden letupan di stesen kereta api bawah tanah di St Petersburg, semalam.

Video tersebut yang diambil dari pelbagai sudut menunjukkan bagaimana letupan itu meragut sekurang-kurangnya 10 orang dan 50 yang lain cedera.

Menurut laporan media tempatan, Presiden Russia, Vladimir Putin berkata pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada letupan itu ada kaitan dengan serangan pengganas atau sebab lain.

Jawatankuasa Kebangsaan Anti-pengganas Russia berkata, bahan letupan mengandungi serpihan itu meletup di dalam kereta api yang dalam perjalanan antara stesen Sennaya Ploshchad dan Tekhnologichesky Institut.

Berikutan itu, tiga stesen metro ditutup, lapor media tempatan, Fontanka.

Timbalan Datuk Bandar Moscow, Maxim Liksutov memberitahu agensi berita Russia, Interfax, bahawa pihak berkuasa Moscow mengetatkan kawalan keselamatan di stesen kereta api bawah tanah di ibu negara itu.