Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendermakan tiga bulan gaji pertamanya kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan.

Dalam satu sesi taklimat, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer menyerahkan replika cek bernilai AS$78,333.32 (RM346,468) kepada Setiausaha Dalam Negara, Ryan Zinke.

Trump pernah berjanji untuk tidak menerima gajinya sepanjang berkhidmat sebagai presiden.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang Trump mesti dibayar gaji maka beliau bersetuju untuk mendermakan wang berkenaan.

Dalam pada itu, Zinke berkata beliau teruja dengan keputusan presiden itu untuk mendermakan wang kepada agensi di bawah kendaliannya.

"Trump sudah memaklumkan mengenai perkara ini malam Ahad lalu.

"Wang ini akan digunakan untuk membiayai projek menaik taraf 25 taman negara di seluruh negari, yang keseluruhannya membabitkan kos AS$229 juta (RM1 bilion)," katanya.