Detik-detik seekor zirafah melahirkan anaknya dirakam dalam sebuah video oleh pihak pengurusan zoo Animal Adventure Park di New York, Amerika Syarikat.

Ibu zirafah yang diberi nama April, selamat melahirkan anaknya kira-kira 10 malam pada 15 April lalu.

Yang menarik, video April sedang melahirkan anak yang disiarkan secara langsung ditonton lebih sejuta pengguna media sosial.

Pihak pengurusan zoo menyiarkan video secara langsung mengenai April dengan lebih dekat sejak Februari lalu.

Pihak pengurusan zoo juga mengesahkan keadaan April bertambah sihat sejak melahirkan anak jantan yang diberi nama Barn.