Surprise Me!

Video: Ronaldo ledak hatrik tapi jaringan dalam keadaan "offside"?

2017-04-19 5,142 Dailymotion

Umum mengetahui pemain sensasi Real Madrid meledak hatrik bagi membantu pasukannya menundukkan Bayern Munich untuk mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah buat kali ke tujuh berturut-turut.

Namun aksi cemerlang Ronaldo diseliputi kontroversi yang mengatakan bahawa dua daripada jaringan yang dihasilkan beliau ketika berada dalam kedudukan 'offside' dan jaringan tersebut tidak layak diiktiraf.

Jaringan Ronaldo pada minit ke 103 dan 108 tidak sepatutnya diiktiraf kerana beliau sudah berada pada kedudukan 'offside' sebelum membuat jaringan.

Pengurus Bayern Carlo Ancelotti mengatakan ia adalah jelas dan merupakan satu kesalahan besar, manakala Arjen Robben turut mempersoalkan tentang jaringan berkenaan.

Selain Ancelotti dan Robben, Ribery dan pemain pertahanan Barcelona Gerard Piqué turut mengkritik keputusan pengadil yang mengiktiraf jaringan berkenaan.

Buy Now on CodeCanyon