Ajax tersentak dengan kekalahan ketika bertemu PSV Eindhoven awal pagi kelmarin sekaligus merencatkan sedikit perancangan mereka untuk merebut kejuaraaan Liga Belanda 2017.

PSV kini berada di tangga ketiga liga hanya empat mata dibelakang pendahulu Feyenoord dengan berbaki dua perlawana lagi.

Jaringan cantik menerusi sepakan percuma yang diambil Jürgen Locadia pada minit ke-25 perlawanan menjadi pemisah buat Ajax dan PSV yang berakhir dengan keputusan 1-0.

Locadia mengambil sepakan tersebut dengan kaki kanan, sepakan lencong padu tersebut terus menerjah bahagian kanan gawang lawan tanpa terjangkau oleh penjaga gawang.