Rakaman kamera pengawasan memaparkan detik-detik ngeri apabila sebuah kenderaan SUV hilang kawalan lalu melanggar seorang pengawal keselamatan wanita sebelum merempuh dinding pejabat yang terletak di Pasaraya Huamao do Chaoyang, China.

Kejadian yang berlaku pada 26 April lalu turut mengakibatkan beberapa pekerja lain cedera.

Doktor mengesahkan pengawal keselamatan wanita itu maut di tempat kejadian manakala dua daripada tiga pekerja di pejabat mengalami kecederaan di kepala.

Bagaimanapun, pemandu kereta mendakwa terpijak pedal minyak ketika cuba untuk menghentikan keretanya.