Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang bersama ibunya di Jalan Simpang Kuala, Langgar di Kedah.

Video yang menjadi tular di media sosial pada Ahad itu dirakam seorang pemandu menggunakan kamera perakam kereta.

Menurut saksi kejadian, mangsa sedang membonceng motosikal sebelum terjatuh lalu tangannya tersepit.

Orang awam yang melalui tempat kejadian pantas membantu menyelamatkan mangsa.

Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.