Kemenangan manis Kelantan membenam Pahang 3-2, Sabtu malam lalu disulami dengan satu jaringan cantik dari pemain import mereka Alessandro Celin.

Alessandro menjaringan gol dengan satu sepakan gunting menarik dalam kotak penalti pada minit ke-17 untuk Kelantan mandahului Pahang 1-0.

Pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan gol hasil dari hantaran menerusi tandukkan rakan sepasukan kepadanya sebelum beliau mendada bola tersebut dan terus melepaskan sepakan gunting deras kaki kiri menerjah gawang lawan.

Jaringan itu turut mendapat tepukan rakan sepasukannya Mohammad Ghaddar yang kini merupakan penjaringan terbanyak Liga Super 2017.