Pasukan Pilihan Singapura membawa pulang Piala Sultan Selangor untuk yang ketujuh kalinya selepas menewaskan Pilihan Selangor 3-2 bagi edisi ke-16 kejohanan di Stadium Nasional Singapura Sabtu malam lalu. <br /> <br />Aksi pemain PKNS Safee Sali mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila menjaringkan gol dengan satu sepakan lencong deras untuk menewaskan pejaga gawang Khairul Nizam. <br /> <br />Jaringan cantik Safee Sali berpunca dengan hantaran jauh rakan sepasukan sebelum Safee membawa bola masuk ke kotak penalti dengan memperdaya pertahanan lawan dan melepaskan tendangan deras ke gawang lawan.