Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) , Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa perlawanan berdepan pasukan Gamba Osaka ketika pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2017 lalu adalah perlawanan terbaik JDT yang pernah disaksikan oleh Tunku.

TMJ mengharapkan pasukan kebangsaan boleh bermain seperti itu, dan bukan hanya pasukan kebangsaan tetapi semua pasukan di negara ini.

Tunku Ismail berkata begitu ketika mengulas soalan adakah kesilapan taktikal yang diterapkan oleh pasukan JDT sekarang adalah penyebab prestasi pasukan yang tidak menentu.

TMJ berkata begitu pada sesi sembang santai penyokong Harimau Selatan di JDT Cafe malam tadi yang siarkan secara langsung di laman Facebook JOHOR Southern Tigers