Seorang pekerja kereta api berjaya menyelamatkan seorang wanita muda yang cuba membunuh diri di bandar Putian yang terletak di timur China, pada Rabu lalu.

Kejadian itu berlaku sekitar 4.57 petang di mana wanita muda itu secara tiba-tiba berlari untuk terjun ke arah landasan ketika keretapi sedang tiba.

Nyawa wanita muda itu masih panjang apabila tindakan secara spontan itu menyebabkan pekerja kereta api pantas memegang tangan wanitta terbabit.

Sebagai penghargaan, lelaki yang berusia 54 tahun itu diberi 6,000 yuan oleh pihak syarikat kerana tindakan berani menyelamatkan wanita itu.