Sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang menjalani latihan sesi 'Burung Hantu' pada waktu malam ketika menyertai kem motivasi di sebuah lokasi yang tidak di namakan.

Video yang menjadi tular di media sosial itu menunjukkan peserta-peserta kem motivasi ditinggalkan di satu sudut yang gelap dengan mata diikat rapat tanpa mereka sedari bahawa mereka duduk dalam jarak yang berdekatan antara satu sama lain.

Kemudian, para fasilitator mula mengacah mereka dengan menyentuh mereka seakan-akan 'hantu'.

Ini menyebabkan kanak-kanak tersebut menjerit ketakutan, dan ada juga yang menyebut nama Allah sebagai kekuatan untuk diri menjalani latihan tersebut.

Objektif latihan sesi 'Burung Hantu' adalah untuk memberi kekuatan mental dan fizikal supaya lebih menjadi berani pada masa akan datang.