Selepas berjaya merangkul kejuaraan Piala FA 2017 pada Sabtu lalu, pemain skuad Lang Merah sempat meraikan kejayaannya dengan menyanyikan lagu 'Forza Kedah' di dalam pesawat.

Rakaman yang menjadi tular itu memaparkan beberapa pemain menyanyikan lagu kejayaan kemenangan mereka.

Pada Sabtu lalu, Kedah menumpaskan skuad Tok Gajah 3-2 di Stadium Shah ALam.

Kejayaan Kedah kali ini menyaksikan skuad Helang Merah merangkul Piala FA buat kali keempat dalam sejarah penganjurannya.