Seorang kanak-kanak perempuan mengalami trauma apabila seekor anjing laut menggigit punggungnya lalu menariknya jatuh ke dalam sungai.

Insiden ngeri itu berlaku di Steveston Fisherman's Wharf di Kanada, di mana tempat pelancong melihat haiwan mencari ikan untuk dimakan.

Rakaman itu juga dapat mendengar orang ramai ketawa melihat insiden itu.

Semuanya bermula apabila video yang dirakam individu terbabit memaparkan anjing laut muncul di tepi benteng.

Kemudian kanak-kanak perempuan itu duduk di benteng tanpa menyedari anjing laut itu bertindak mahu mengigitnya.