Mungkin ini masa depan dalam bola sepak, pengadil tidak lagi membawa bola dengan tangan masuk ke padang dan perlawanan dimulakan selepas melakukan undian.

Namun selepas pengadil berada di dalam padang, bola akan diterbangkan kepada pengadil dengan menggunakan teknologi drone.

Ya, memang sudah berlaku, ketika perlawanan akhir Piala Portugal 2017, seorang lelaki terbang menggunakan drone membawa bola untuk diberikan kepada pengadil perlawanan tersebut.

Video lelaki menaiki drone berkenaan dikongsikan seara meluas di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari peminat bola dunia.

Sungguh canggih bukan, mungkin akan ada selepas ini lelaki menaiki drone masuk ke padang untuk memberi bola kepada pengadil di Malaysia? kita tunggu dan saksikan apa akan berlaku.