Surprise Me!

Kerana 'Lagenda Cun', Watsons padam iklan raya

2017-06-15 150 Dailymotion

Syarikat rangkaian penjual barangan penjagaan diri Watsons Malaysia (Watsons) hari ini menarik balik iklan raya yang mengundang pelbagai kecaman orang ramai.

Dalam kenyataan umumnya sebentar tadi, Watsons berkata klip video Legenda Cun itu sebenarnya mahu menonjolkan nilai moral berdasarkan kisah Dayang Senandong.

Klip video yang dipertikaikan itu juga didapati sudah dipadamlkan.

Dilaporkan iklan sempena kedatangan hari raya itu menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak.

Antara lain ia didakwa memaparkan beberapa watak yang dianggap tidak sensitif, rasis serta mengelirukan.

Antara aspek yang menjadi rugutan orang ramai ialah watak gadis berkulit hitam legam serta jenaka yang memperbodohkan orang lain.

Iklan itu yang dihasilkan dengan kualiti penyiaran yang baik menampilkan sejumlah selebriti termasuk Ruhainies, Uqasha Senrose, Sasha Saidin, Amber Chia, Kamal Adli, Raja Ilya, Thanuja, Najua P Ramlee dan Bell Ngasri.

Isu utama yang dipertikaikan ialah bagaimana komersial berkenaan seakan-akan memberi takrif "cantik" dengan kulit putih dan sebaliknya hitam dianggap hodoh.

Menurut Watsons video yang dimuat naik pada 7 Jun itu memaparkan kisah diilhamkan daripada cerita legenda Dayang Senandong.

Menurut syarikat terbabit mereka berpegang teguh kepada keyakinan bahawa aspek perpaduan dan keadilan adalah aspek penting dalam negara dan mereka menghormati semua orang tanpa mengira bangsa.

Video itu dirakamkan untuk menyerlahkan kisah legenda itu serta nilai-nilai moral berkaitan kecantikan dalaman dan kewujudan cinta sejati.

Buy Now on CodeCanyon