Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengajak orang ramai di Lembah Klang terlibat dalam acara larian untuk menolak cadangan menjadikan negeri itu Wilayah Persekutuan terbaru.

Dalam sidang media di sebuah pusat beli belah di Selangor, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau sendiri akan menyertai larian santai 6km di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 2 Julai ini.

Kerajaan negeri memulakan kempen itu selepas kenyataan kontroversi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan perkara itu.

“Kempen kita di Pulau Pinang menerima sokongan menggalakkan orang ramai, dengan penyertaan sehingga 16,000 orang.

“Kami kembangkan kempen ini di Selangor bagi membolehkan pihak yang menyokong kita menunjukkan kasih sayang dengan mengambil bahagian dalam larian santai ini,” katanya.

Beliau mengajak orang ramai mempertahankan status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dan haknya yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

“Kita lawan usaha jahat untuk hapuskan Pulau Pinang, bukan dengan kebencian, tetapi kasih sayang,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan larian itu berunsur politik.