Surprise Me!

Dua juruterbang TUDM Hawk maut

2017-06-15 2 Dailymotion

Dua juruterbang pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 yang dilaporkan hilang ditemui maut di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang tadi.

Dua juruterbang tersebut dikenali Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari.

Mayat kedua-dua juruterbang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat.

Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan memakai payung terjun, namun bangkai pesawat masih belum ditemui.

Terdahulu, pesawat pejuang hilang dari radar di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi dan terputus hubungan pada 11.30 pagi.

Buy Now on CodeCanyon